Teknik tanam timun dalam pasu gan’tung, lebih mudah untuk dituai

Lebih menarik, pokok timun ditanam secara gan’tung dan bila hasilnya merimbuan, lebih menyeronokkan. -Foto Impiana

KEBIASAANNYA, timun ditanam terus di atas batas. Namun dengan teknik yang betul, tanaman menjalar berbatang lembut ini tetap akan mengeluarkan hasil optimum waIaupun habitatnya sebiji pasu.

Jadi, bagi anda yang tinggal di apartmen dan mempunyai kekangan ruang, tak menjadi masaIah jika anda ikut teknik tanaman timun di dalam pasu gan’tung ini.

Penyediaan biji benih

Sebaiknya, dapatkan biji benih timun mini untuk memudahkan anda mengawal tumbesaran pokok di dalam pasu.
Kalau tak ada pun tak jadi masaIah.

Guna sahaja benih timun biasa.

Tapi bagi anda yang membeli biji benih, pastikan tarikh Iuput pada pembungkus. Jangan beli yang dah sambang pula. Tunggu bertahun pun tak bercambah benih timunnya.

Sebaiknya, benih timun disemai di dalam bekas khas semaian terlebih dahulu. Bila dah keluar daun matang (empat hingga lima helai daun) barulah anak pokok boleh dipindahkan ke dalam pasu.

Pemilihan pasu

Pasu yang sesuai menanam pokok timun ialah bersaiz 12 hingga 18 inci ke atas. Namun ia bergantung kepada jenis atau spesies.

Kalau anda tanam timun mini tak perlulah saiz pasu yang besar. Tapi lagi besar lagi bagus untuk akar pokok timun bebas bergerak di dalam media dan ini seterusnya akan memberikan keseIesaan pokok membesar dengan jayanya.

Untuk pastikan tanaman sihat dan membesar secara optimum, waktu siraman yang tepat juga memainkan peranan yang penting.

Namun, jika anda yang mempunyai kekangan masa. sistem siraman automatik adaIah yang terbaik.

Mengikut pandangan pakar pertanian dalam dan luar negara, bekas tanaman yang diperbuat dari tanah liat lebih baik kerana ia bersifat sejuk dan terdapat rongga-rongga atau liang-liang pada pasu yang elok untuk pengudaraan di dalamnya.


Secara tidak Iangsung ia memberi nilai tambah kepada akar.

Walau bagaimanapun, jika konsep asal tanaman timun ini adalah untuk digantung, pasu plastik amat bersesuaian kerana khuatir pasu tanah liat nanti terlebih beban.

Jadi jangan bimbang akan hal tersebut, yang penting anda buat pengemburan tanah tiga minggu sekali.

Campuran media tanaman (tanah)

Akar pokok timun tak kira apa pun jenisnya memerlukan pH yang neutral.
Di samping itu juga, untuk memastikan tumbesaran dan hasilnya yang optimum, pastikan medium sentiasa dalam keadaan gembur dan bersaliran baik.

Lebih baik anda gunakan medium siap campur yang terdapat di pasaran. dah tak perlu pening-pening.

Lengkap dengan keperIuan seimbang yang diperlukan tanaman serta diperkaya bahan organik. Yang paling penting, terhin’dar daripada sebarang penya’kit yang berpunca daripada medium atau tanah.

Siraman

Timun memerlukan air yang banyak sebagai jaminan kepada kesihatan tanaman dan buah yang berkualiti.

Oleh itu, sebaiknya siraman dilakukan dua kali sehari. Dan menjadi keutamaan, siraman menyeluruh dilakukan di awal pagi.

Siraman perlu dilakukan terus pada medium tanaman. Jangan pula siram pada bunga. Nanti buahnya tidak menjadi. Pastikan air di siram keluar pada lubang saliran di dasar pasu.

Sungkupan

Pokok timun merupakan tanaman berbatang Iembut. Oleh itu, pastikan medium sentiasa dalam keadaan Iembap.

Lembap tau, bukan bertakung air. Bagi mengekalkan keIembapan, perlulah guna sungkupan seperti sabut kelapa.

Pendebungaan

Seperti tembikai, labu dan pelbagai lagi, jika tiada rama-rama, lebah atau serangga melakukan pendebungaan, teknik terbaik untuk mendapatkan hasil adalah melakukan pendebungaan sendiri.

Gunakan berus warna air yang halus dan calitkan debu bunga jantan pada bunga betina.

Bunga betina kelihatan putik timun di bawahnya. Manakala jantan tidak.
Pendebungaan perlu dilakukan di awal pagi kerana bunga timun akan mula Iayu menjelang tengah hari.

Pembajaan

Pembajaan perlu dilakukan setiap dua minggu.

Untuk bulan pertama pertumbuhan, pokok timun memerlukan kalsium yang lebih. Oleh itu, jika anda merancang menanam secara organik, boleh gunakan kulit telur yang telah dihan’curkan sebagai baja.

Untuk menggalak penghasilan buah, gunakan baja bunga dan baja buah jenis butiran atau slow release pada tanah.
Namun apabila timun mula berbuah, pembajaan perlu dihentikan. Khuatir buah akan gu’gur lebih awal akibat panas dari baja.

Artikel asal di portal Impiana.

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*