Teman lelaki menghilang, gadis hamil luah kekecewaan di laman sosial…

(Gambar) Seorang gadis dari negara jiran, Singapura meluahkan rasa kecewa di Twitter selepas teman lelakinya enggan bertanggungjawab. — Foto AFP

KUALA LUMPUR, 26 Jun ― Buntu memikirkan kandungan selepas disahkan hamil, seorang gadis dari Singapura memilih laman sosial Twitter bagi melepaskan rasa ke cewa ditinggalkan kekasih.

Meluahkan kekece waan yang terpendam, gadis berusia lingkungan 20-an itu memuat naik tangkap layar mesej perbualan bersama teman lelakinya sejak 17 Februari lalu.

Foto berlatarkan gambar sinar-x kandungan yang dijalankan gadis itu di Hospital Universiti Kebangsaan Singapura (NUH) baru-baru ini mendapati bayi dalam keadaan sihat dan telah mencapai usia 21 minggu.

Berdasarkan tiga tangkap layar perbualan berbahasa Inggeris, teman lelakinya didakwa ‘lepas tangan’ dan enggan bertanggungjawab terhadap kandungan tersebut.

“Saya mesej, saya telefon. Apa yang kamu lakukan ialah buat tak tahu. Kita berdua dah buat kes1lapan sepanjang setahun lebih perhubungan tetapi tanggungjawab tetap tanggungjawab,” luah gadis berkenaan.

Tambah gadis itu lagi, sepanjang perhubungan bersama teman lelakinya, dia kekal bertahan walaupun menyifatkan tempoh tersebut sebagai hubungan ‘toksik’.

Bertindak mendedahkan sisi gelap perhubungan kedua mereka, gadis tersebut mengakui tindakan membuka a1b itu tidak akan berlaku sekiranya teman lelakinya bersikap lebih bertanggungjawab.

“Sedih tapi kenyataan, saya masih sayangkan dia, meski kesak1tan diletakkan pada bahu saya tetapi saya harap kamu belajar bagaimana untuk bangkit dan saya harap rakan-rakan kamu lihat perkongsian ini dan beritahu kamu apa yang patut dan tidak patut dilakukan sebagai seorang lelaki,” ujar gadis itu lagi.

Sementara itu, kebanyakan warga maya menyarankan agar gadis tersebut mendapatkan khidmat kaunseling.

Ia penting bagi memberi sokongan selain memastikan tahap kesihatan gadis dan bayinya berada dalam keadaan baik.

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*