Ternak Landak untung RM150 sekilogram – SOP Penternakannya

Penternakan landak raya atau Hystrix brachyura memerlukan modal besar dan kesabaran tinggi kerana ia tidak seperti ternakan lain yang cepat memberikan hasil.

Malah, landak mempunyai pasaran dan nilai komersial yang tinggi untuk pasaran tempatan serta luar negara.

Maka, tidak hairanlah harga pasaran landak boleh mencecah antara RM120 hingga RM150 sekilogram dan mungkin ramai beranggapan daging landak raya terlalu mahal untuk dijadikan hidangan.

1. Cara pemeliharaannya hanya perlu menyediakan kandang khas secara berasingan untuk setiap keluarga landak dan memberi makan sekali sehari.

2. Membeli induk dan baka landak yang sesuai.

3. Perlu mendapatkan lesen memelihara dan menjual landak daripada PERHILITAN (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara kerana landak merupakan haiwan eksotik.

4. Tempoh pembiakan landak memakan masa tempoh dua tahun dan dapat menghasilkan 200 landak dengan benih landak 25-30 ekor.

5.Landak boleh dijual apabila ianya sudah mencecah usia lapan bulan ke atas.

6. Daging landak dijual pada RM120 tetapi boleh mencapai RM150 untuk sekilogram sementara induknya boleh mencecah ribuan ringgit bergantung kepada saiz dan umur.

7. Seekor landak seberat 15 hingga 20 kilogram (kg) bersama induknya boleh dijual pada harga RM3,500 hingga RM5,000 bergantung harga pasaran.

8. Antara tips yang boleh diperoleh tentang penternakan landak boleh dicari di internet dan bertanyakan terus dengan jabatan PERHILITAN.

Artikel ini dipetik dari Harian Metro dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*