“Tidak boleh balik Kampung tahun ini untuk Beraya” – Menteri Keselamatan

Tidak boleh balik Kampung tahun ini untuk Beraya - Menteri Keselamatan

Melihat kepada perkembangan semasa CoV-19, Kerajaan Malaysia mengambil langkah untuk tidak membenarkan mana-mana rakyat untuk merentasi negeri pada bulan ramadhan ini walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3 bakal berakhir pada 28 april nanti..

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kanan Kluster (Keselamtan) Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Untuk pengetahuan anda semua, undang-undang Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 dan 2 akan terus diguna pakai sehingga ke Perintah Kawalan Pergerakan 3, ketika umat Islam sedang berpuasa nanti”

“Walaupun ia PKP fasa ke-3 akan dijangka tamat pada 28 april nanti, namun ketika bulan ramadhan ia masih lagi tertakluk kepada undang-undang yang telah saya sebutkan tadi iaitu mengikut seperti mana fasa 1,2 dan 3.”

“Undang-undang atau peraturan ini telah kita (Kerajaan) tetapkan ketika di fasa satu dan dua lagi. Oleh itu pergerakan beramai-ramai untuk mereka yang mahu pulang ke kampung adalah tidak dibenarkan”

“KErajaan tidak boleh benarkan ia berlangsung seperti tahun-tahun lepas bagi membendung penularan CoV-19. – katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, petang Khamis.

Datuk Ismail Sabri juga turut mengambil kesempatan untuk menafikan berita palsa mengenai Perintah Kawalan Pergerakan 3 adalah tidak diwartakan seperti yang tular di media sosial.

Ada pihak yang mengatakan bahawa Fasa 3 polis tidak ada kuasa untuk membuat tangkapan.

Oleh itu, beliau menegaskan bahawa PKP fasa 3 adalah diwartakan dan polis mempunyai kuasa untuk membuat tangkapan kepada mereka yang ingkar. Bagi yang menyebar berita palsu tersebut mereka akan dicari dan diambil tindakan.

“Mereka yang menyebar berita tersebut akan diambil tindakan. Kini pihak Suruhanjaya dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuka sebanyak 220 kertas siasatan berkaitan dengan berita palsu. 24 daripada kes tersebut sudah dituduh di Mahkamah dan 13 telah mengaku bersalah”

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*