Tip menternak ayam kecil-kecilan untuk orang kampung

Kisah inspirasi dan tips  menternak ayam kampung ini dikongsikan oleh Coach Bahar.

“Ayam kampung ni dah musim kedua. Ayam kampung umur dah 55 hari. Berat purata dan 1.6 keatas. Insyaallah sekejap lagi dah boleh keluar.

Saya baru je jadi penternak ayam. Bela bukan banyak dlm 5000 ekor je. Dipusing-pusingkan untuk keluaran setiap hari. Ada ayam kampung frozen, ada ayam segar, ada jadi ayam perapan madu.

Saya orang kampung, buat je bisnes asal boleh jadi duit. Berbisnes bukan untuk saya seorang. Cari duit untuk pekerja juga. Mereka ada anak dan isteri. Mereka juga menyara hidup keluarga mereka. Kalau tak dapat apa sekalipun sekurangnya dapat membantu orang mencari rezeki yang halal. Terima kasih buat sahabat yg luar sana selalu bantu dan menyokong.

Tip menternak ayam kecil-kecilan untuk orang kampung.

1. Pasaran yang paling penting. Hati-hati dengan pemborong yang main harga. Kita penternak kecil-kecilan maksimumkan untung. Saya berpengalaman pemborong yang main harga. Nak beli ayam per ekor RM8. Duit dedak dan gaji pun tdk lepas.

2. Kalau jual dengan pemborong, kalau pemborong besar jaga timbang. Ada yg cu’ri timbangan. Kalau satu bakul ayam 8-10 ekor cu’ri 2-3 kg dah banyak juga. Ianya telah berlaku, satu lori ru’gi dah dalam RM1000-RM2000. Trik mereka sebelum naikan ayam deorang siram dan basahkan dulu badan ayam. Konon nanti ayam panas dan ma’ti. Lepas tu mereka tolak kononnya berat air.

3. Perjuangan penternak adalah memaksimumkan keuntungan. Jangan kita kerja tapi yang dapat untung orang lain. Kita bela bukan banyak sangat. Jual ayam segar sendiri. Cuba proses ayam sendiri. Buat end-products sendiri macam ayam salai, ayam perapan dan lain-lain.

4. Jangan ma’lu tawarkan produk kita pada orang lain. Kita bela ayam dengan cara kita, kita pastikan bersih dan halal. Kita jaga S0P dan pastikan daging ayam kampung kita yang terbaik dan bebas dari viksin.

5. Setakat yang saya bela, ayam tak pernah tak habis. Ayam tak pernah tak terjual. Banyak yang tak cukup sebenarnya. Paling penting jangan berhenti untuk menawarkan.

6. Pengurusan paling penting adalah pengurusan kewangan. Tak boleh tak ada modal kerana ayam makan dedak. Senang kira modal seekor ayam kampung kacuk dari kecil hingga boleh dijual adalah RM8.50-RM10 tergantung pada harga dedak. Jadi modal tu dah kena asingkan awal lagi. Ayam tak boleh tak cukup makan. Kalau 1000 ekor mesti ada 10K. Kalau 5000 ekor kena ada 50K.

7. Kena kawal kebersihan kandang. Kadar kem’atian mesti jaga antara 1-3%. Kalau lebih dah tak boleh, tak balik modal.

8. Kalau baru nak mula menternak jangan letak modal tinggi sangat pada reban. Gunakan apa yang ada je yang penting. Jika tidak, mana nak ROI. Dah maju sikit, upgrade sikit-sikit.

9. Jangan putus asa. Industri makanan ini tak mungkin berhenti. Itu sebabnya saya katakan anda perlu menjadi usahawan tani. Bukan lagi jadi petani.

Pada bermulanya saya nak menternak ayam. Rata-rata penternak lama kata untung ayam sekor hanyalah antara RM1-1.50 kalau salah kira boleh rugi dan dapat penat. Tapi sebenarnya anda boleh mendapatkan untung lebih dari itu. Bayangkan kalau untuk RM5 se ekor kalau 10K ekor semusim dah dapat 50K. Besar tu. Kalau boleh dapat RM10 per ekor lepas siap end-products. Kira sendiri kalau ada 20K ekor. Hanya perlukan 2 orang pekerja yang jujur sahaja.

Berangan boleh bukan kena bayar.

Jika ada yang nak belajar ternak ayam step by step boleh beli bideo penternakan ayam kampung kacuk dari penyediaan reban, ubat, pengurusan makanan sehinggalah rahsia marketing.

Klik sini https://yup.la/9fp

Kredit: Coach Bahar

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*