Tips Tanam TOMATO Secara Fertigasi – Potensi Anggaran PENDAPATAN Tanaman Tomato

TIPS MENANAM TOMATO – POTENSI ANGGARAN PENDAPATAN SEHEKTAR

1. Tomato merupakan satu tanaman yang senang tumbuh sama ada ditanam secara fertigasi atau secara dibatas. Ianya juga merupakan tanaman yang sangat popular dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran tempatan dan luar negara.

2. Penanaman tomato di Malaysia banyak tertumpu di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highland dan Kundasang Sabah. Namun, boleh juga ditanam secara konvensional di kawasan tanah terbuka dengan suhu yang sesuai.

3. Suhu yang sesuai menanam tomato adalah di sekitar 18-32 darjah celcius. Hasil buah tomato dapat dituai pada umur 60-70 hari selepas ianya ditanam.

4. Terdapat banyak jenis tomato yang popular di Malaysia antaranya, Tomato Bulat, Tomato Lonjong, dan Tomato Bersegi dan setiap tomato mempunyai gred masing-masing.

5. Tanah yang sesuai digunakan untuk menanam buah tomato adalah tanah pasir (BRIS dan bekas Lombong) dan tanah gambut. Sistem saliran yang sempurna dan pengudaraan yang baik amat membantu pertumbuhan buah tomato.

6. Pengapuran perlu dilakukan sebelum penanaman untuk memastikan pH tanah tidak kurang daripada 5. Sebaiknya dilakukan 1-2 bulan sebelum benih tomato ditanam.

7. Pemilihan baja juga amat penting untuk penanaman buah tomato. Kebiasaanya petani menggunakan baja organik atau pun baja kimia.

8. Jangkamasa tanaman tomato adalah dalam lingkungan 5-6 bulan bergantung kepada kaedah pengurusan petani. Buah tomato yang sudah matang akan dipetik dan digredkan untuk pasaran tempatan dan luar negara.

9. Dengan purata harga ladang sebanyak RM 1.60 sekilogram maka anggaran pendapatan kasar tomato sebanyak RM 28,800 sehektar.

10. Potensi pendapatan bersih tanaman tomato untuk 1 hektar sekitar sekitar RM 10,000 sehektar

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share di facebook terima kasih – Sifudurian

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*