Tips Cantik Cara Asli Dari Hujung Rambut Hingga Hujung Kaki

SETIAP insan ingin tampil cantik. Untuk menjadi cantik, ramai yang sanggup membelanjakan wang yang banyak asalkan impian untuk kurus, putih dan berseri menjadi realiti.

Sebenarnya, tidak perlu berbelanja banyak untuk tampil cantik. Hanya dengan menggunakan bahan semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan herba, buah-buahan dan rempah ratus, wajah dan tubuh idaman boleh menjadi milik anda.

Jom kita tengok, apakah ramuan alami yang mampu menjadikan penampilan anda lebih wow dari hujung rambut hingga hujung kaki!

1. Bawang Putih Untuk Rambut

Untuk menghasilkan rambut yang hitam berkilat, folikel rambut memerlukan sumber makanan yang berkhasiat. Salah satunya adalah dengan mengamalkan pemakanan bawang putih.

Kandungan bawang putih yang kaya dengan cysteine, sejenis asid amino, dapat membantu menyegarkan folikel dan seterusnya menguatkan akar rambut.

2. Timun Segarkan Mata

Penyelidikan terbitan Pharmacognosy Magazine menjelaskan kandungan air yang sangat tinggi dalam timun dapat membantu menyegarkan mata yang keletihan.

Dengan meletakkan timun pada mata secara rutin, bahagian kulit di bawah mata yang mengalami kekeringan akan kembali lembab dan berseri.

Selain itu, vitamin C dalam timun juga membantu merangsangkan pertumbuhan sel kulit baru. Manakala asam folat merangsang antioksidan untuk melawan racun punca mata lelah dan bengkak.

3. Hindari Kedutan Dengan Cili

Muka mula berkedut? Jangan risau! Makan apa sahaja jenis cili. Pengambilan lada yang pedas dalam menu harian didapati mampu menghilangkan kedutan dan mencantikkan kulit.

Marti Wolfson, Pengarah Kulinari Blum Center for Health, New York, Amerika Syarikat, menjelaskan kandungan vitamin A, vitamin C dan zat capsaicin yang terkandung dalam cili dapat menghalang kemasukan radikal bebas yang merosakkan kulit dan menghalang kerosakan kolagen untuk mengekalkan kesihatan kulit.

4. Kunyit Haluskan Kulit Wajah

Kuning kunyit bukan sekadar mencantikkan hidangan, namun kunyit juga memiliki khasiat tersendiri dalam menaikkan seri kulit dan menyihatkan tubuh.

Masyarakat India telah menggunakan kunyit sebagai bahan utama untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit wajah sejak beribu tahun lalu. Caranya, tumbuk kunyit, campurkan dengan sedikit air dan sapukan pada wajah. Mudahkan?

5. Lemon Rawat Jerawat

Untuk mendapatkan kulit bebas jerawat, anda boleh menggunakan lemon. Bagaimana? Perah sebiji lemon, campurkan dengan sedikit air dan sapukannya ke bahagian wajah yang berjerawat menggunakan putik kapas.

Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air. Bagi menghilangkan parut jerawat pula anda boleh menggosokkan lemon secara langsung ke muka dan biarkan selama 10 minit sebelum dibasuh.

Lakukan secara rutin untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki.

6. Limau Nipis Cara Cepat Kempiskan Perut

Amalan meminum air perahan limau nipis yang dicampur bersama segelas air suam setiap hari dikatakan dapat mengempiskan perut dengan cepat.

Limau nipis dipercayai sangat ampuh untuk membakar timbunan lemak yang terdapat pada tubuh yang sukar dihilangkan. Antaranya, di bahagian punggung dan paha.

7. Belimbing Buluh Untuk Kuku

Salah satu petua orang lama dalam menjaga kecantikan kuku adalah dengan menggunakan belimbing buluh. Ambil belimbing buluh dan gosokkan pada kuku tangan dan juga kaki. Biarkanselama sepuluh minit.

Bilas dengan air suam. Hasilnya, kuku menjadi lebih berkilat. Lakukan secara rutin seminggu sekali untuk kesan yang berpanjangan.

Kajian mendapati vitamin dan asid amino yang tinggi dalam belimbing buluh membuatkannya berkesan dalam membersihkan dan merawat kuku kaki yang rosak.

8. Minyak Sayuran & Tumit Pecah

Jika tumit anda pecah dan merekah, sapulah sedikit minyak sayuran selepas kaki dibersihkan sebelum masuk tidur. Selepas itu, pakailah setokin dan biarkan selama semalaman.

Mengandungi provitamin A, D dan E, minyak sayuran dapat memperbaiki sel-sel kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru.

Petua rawatan ini bukan sahaja murah dan mudah untuk diamalkan oleh sesiapa sahaja tetapi ia juga bebas kesan sampingan berbahaya. Selamat mencuba dan nikmati keajaibannya!

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat jangan lupa share di facebook terima kasih – Sifudurian

About Sifudurian 161 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*