Tips Dan Cara Mengawal Serangan TIKUS Perosak Di Ladang Kelapa Sawit

1. Haiwan perosak seperti tikus seringkali menjadi ancaman kepada tanaman kelapa sawit. Serangan haiwan ini boleh belaku di mana-mana peringkat sama ada peringkat muda atau di peringkat sudah matang.

2. Terdapat tiga jenis tikus yang seringkali merosakkan tanaman adalah Rattus Tiomanicus, Rattus Argentiventer dan Rattys rattys Diarddii.

3. Kawalan tikus ini boleh dilakukan dengan menggunakan kawalan kimia, fizikal atau biologi. Racun tikus boleh didapati dalam pelbagai jenama namun terdapat 50 syarikat pengeluaran yang berdaftar dan digunakan secara meluas di ladang dan kebun.

4. Umpan racun yang baik adalah berbentuk kiub 2cm, wax bound dan senang dilihat oleh mata kasar. Umpan diletakkan di setiap pokok dan diganti setiap 4 hari sekurang-sekurangnya sehingga 20% racun itu dimakan.

5. Anda digalakkan untuk membuat pengumpanan di kawasan ladang atau kebun apabila perlu sahaja. Caranya mengenal pasti bila perlunya diracun adalah kerosakan tandan melebihi 5% dan populasi tikus meningkat (response baiting).

6. Dengan cara ini anda dapat menjimatkan kos sehingga 78% berbanding anda meracun kebun atau ladang 6 bulan sekali. Selain itu, anda digalakkan memasang pagar atau penghalang seperti pagar mata punai atau kolar zink pada pangkal pokok.

7. Selain itu, penggunaan burung hantu atau burung Pungguk Jelapang juga membantu mengawal tikus. Kebiasaanya burung hantu jantan boleh menangkap 10 ekor tikus untuk dibawa ke sarangnya pada waktu malam

8. Satu lagi cara berkesan untuk mengawal tikus dan sering terlepas pandang ialah pengunaan ular. Ular memakan lebih banyak tikus berbanding semua pemakan tikus lain. Bagaimanapun, ular masih ditakuti oleh kebanyakan orang, apabila mereka gagal untuk memahami peranan ular dalam alam sekitar.

Sekian info untuk petang ini. Sekiranya anda rasa artikel ini menarik, jangan lupa SHARE ke Facebook – Sifudurian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*