TIPS Dan Cara Penanaman Pokok RAMBUTAN – Kos Dan Potensi Pendapatan Rambutan

Rambutan atau nama saintifiknya adalah Nephelium Lappaceum. Nama asal bagi rambutan adalah berasaskan perkataan “Buah” dan “Rambut”. Buah ini terkenal di Malaysia dan Indonesia kerana rasanya yang manis dan berjus.

1. Ciri-ciri bagi pokok rambutan adalah ianya boleh mencapai ketinggian sehingga 20m. Pokoknya sangat rendang dan merimbun. Manakala buah rambutan pula berbentuk bujur atau separa bulat berukuran 5cm. Tempoh matang buah rambutan adalah dari 100 hingga 130 hari.

2. Terdapat pelbagai jenis rambutan yang popular. Antaranya adalah R134, R156 (Muar Gading), R162 (Ong Heok), R170 (Deli Cheng), R191 (Anak Sekolah) dan R193 (Deli Baling). Enam jenis rambutan ini berbeza dari segi bentuk dan rasanya.

3. Bagi tanaman rambutan, iklim tropika yang mempunyai taburan hujan antara 1700mm-2500mm sangat sesuai kerana mempunyai suhu optima antara 26-280C. Ianya memerlukan keadaan yang kering bagi membantu proses buah rambutan masak.

4.Terdapat pelbagai jenis cara untuk menanam pokok rambutan. Antaranya adalah menggunakan sistem tiga segi sama, sistem empat segi sama atau sistem sesiku keluang.

5. Bagi proses pembajaan pokok rambutan, masa yang paling sesuai adalah diawal musim hujan. Bagi pokok yang sudah dewasa, masa yang sesuai adalah selepas mengutip hasil dan 3-4 minggu selepas bunga mengembang.

6. Anda boleh mengenal pasti apa tanda-tanda pokok rambutan kekurangan protein dengan melihat daun muda dan daun tua menunjukkan tanda-tanda nekrosis pada penghujung daun. Selain itu, daun yang kurang posforon biasanya berwarna hijau tua.

7. Antara serangga perosak yang sering menyerang tanaman rambutan adalah Ulat Lipat Daun, Ulat Buah Rambutan, Kumbang Belangkas dan lain-lain. Buah Rambutan mengeluarkan hasil selepas tiga tahun ditanam adalah dianggarkan sebanyak 2,000kg/ha dan akan meningkat sekiranya berlaku dua kali kemarau.

Anggaran kos penanaman rambutan sehektar tanah adalah sebanyak RM3719.00. Ianya tidak termasuk dengan kos pembangunan, bahan dan kos tenaga kerja. Berdasarkan kepada harga ladang (JPN Penang) rambutan dijual pada harga RM 3-5/kg.

Sumber : JPN Penang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*