Tips Dan IDEA Buat DUIT Dengan Jual BENIH Buah-Buahan

1. Corona Virus banyak mengubah landscape dunia kepada sektor PERTANIAN. Ramai yang mula mengusahakan tanah terbiar dan bercucuk tanam.

2. Bila ramai yang bercucuk tanam, permintaan terhadap benih buah-buahan akan terus meningkat. Permintaan akan melebihi pengeluaran.

3. Saya sarankan anda belajar dahulu basic cantuman. Mulakan dari rumah. Belajar sehingga mahil. Mula jual benih dengan kawan-kawan.

3. Bila mula dikenali ramai, kembangkan nurseri di tapak yang lebih besar. Cantum sendiri boleh untung 100%. Pokok import margin keuntungan tidak banyak. Pilih benih yang banyak permintaan dan repeat order tinggi.

4. Guna net hitam 50% atau 70% untuk membina pelindung cahaya bagi elak tanah dan pokok kering cepat. Sebaiknya guna batang besi paip berbanding batang bambu supaya tahan lama.

5. Berkawan dengan ramai penjual benih, ia memudahkan anda mudah mendapat suply benih dengan harga lebih murah.

6. Jujur dan tidak menipu pelanggan.

7. Perlu tahu jenis-jenis pokok yang anda jual. Ia memudahkan anda untuk menjual dan terangkan pada pelanggan.

8. Untung menjual pokok buah-buahan agak lumayan. Bayangkan sepokok Musang King dijual sekitar rm38 sepokok, jika 1,000 pokok = rm38,000.

Cukup untuk kali ini. Share jika anda rasa ia bermanfaat – Sifudurian

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*