Tips Dan Khasiat Durian Belanda – Potensi Tanaman Durian Belanda

1. Pokok Durian Belanda merupkan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah di tanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia.

Buahnya boleh di makan dan memunyai duri yang lembut dan tidak berbau. Isinya memiliki banyak biji dan sering juga dibuat jus, pencuci ulut dan sebagainya.

2. Kawasan penanaman durian belanda mestilah mempunyai sistem saliran yang baik. Ia mampu mencapai ketinggian sehingga 8-10 meter dengan batang yang menegak dan mempunyai dahan yang banyak.

Daunnya berwarna hijau gelap seolah berlilin dan agak tebal. Buahnya berwarna hijau dan agak berduri. Isinya pula berwarna putih dan mempunyai biji berwarna hitam.

3. Durian belanda memerlukan kawasan tanah yang subur dengan kecerunan antara 0hingga 15 darjah, mempunyai saliran baik kerana ia tidak tahan kepada air yang banyak dan memerlukan pH antara 5.0 – 5.5 dengan kedalaman tanah melebihi 1 meter.

Pokok durian belanda juga akan terjejas hasilnya jika kurang air atau kemarau yang agak panjang.

4. Penanaman durian belanda dimulakan dengan kerja menggemburkan tanah dengan membajak sebanyak 2 kali dan dibersihkan dari rumput dan sisa-sisa tanaman.

Pembuatan lubang tanaman perlu dilakukan 2 – 4 minggu sebelum menanam. Benih yang telah cukup umur ditanam dalam lubang dengan jarak 6×6m bergantung pada keadaan kebun dan darjah kecerunan tanah.

Penanaman sebaiknya dilakukan diawal musim hujan dimana benih dalam polibeg dikeluarkan dan ditanam di tengah-tengah lubang tanam, dikambus dan seterusnya dipadatkan kemudian disiram hingga cukup basah.

5. Buah yang berada tinggi diatas pucuk pokok boleh mencecah sehingga beratnya 5- 6kg sebiji jika hendak dibandingkan dengan buah dibahagian bawah pokok sekitar purata 1-3 kilogram sahaja.

Ini kerana didakwa daun dibahagian atas pokok durian belanda lebih aktif didalam menjalankan proses fotosintesis dan menjadikan buah diatas lebih baik.

6. Bagi mengawal lalat buah (Bactocera carambolae atau Daucus spp) petani ada menggunakan racun tetapi terkawal penggunaanya. Beberapa perangkap lalat buah dengan feromon (Methyl eugenol) ada dipasang.

7. Bagi penanaman di ladang, jarak tanaman yang disyorkan ialah 6 x 6 meter dengan menggunakan sistem segi empat sama.

8. Bilangan pokok yang boleh ditanam untuk keluasan sehektar ialah 277 pokok. Pokok durian belanda mula mengeluarkan buahpada umur empat tahun dan ia banyak bergantung kepada tahap kesuburan tanah dan penjagaan yang teratur serta sempurna.

9. Secara umumnya, buah durian belanda mempunyai saiz yang sederhana besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwama putih dan mempunyai rasa masam-masam manis.

Di Malaysia terdapat 3 varieti yang telah didaftarkan iaitu DB1, DB2 dan DB3 dimana kesemua varieti ini mengeluarkan hasil selepas 3 tahun penananamnya.

10. Tanaman ini dipercayai oleh pakar-pakar dan saintis dapat mengubati penyakit kanser dan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. antaranya ialah mengandungi fosforus, kalsium, vitamin B dan C yang baik untuk rawatan demam panas dan bengkak hati.

Secara umumnya, durian belanda mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan manusia serta dapat dapat merawat penyakit di tambah lagi dengan rasanya yang masam-masam manis.

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*