TIPS Dan Manfaat Memakan Bawang Putih – Merawat BATUK, Kanser PERUT, Lemah Daya INGATAN…

TIP MENANAM BAWANG PUTIH

1. Bawang putih yang dikenali sebagai Allium sativum dalam bahasa saintifiknya kaya dengan pelbagai khasiat. Kajian menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi vitamin C, kalsium, serat, beta karotin, protein, karbohidrat, fosforus dan pelbagai zat lagi.

2. Disebabkan itu, banyak negara melakukan usaha penanaman bawang putih secara komersial. Namun, bawang putih tidak banyak ditanam di negara kita kerana faktor cuaca. Kebanyakan bawang putih yang berada di pasaran diimport dari negara China. Malaysia merupakan pengimport bersih utama bawang putih untuk kegunaan domestik.

3. Seiring peredaran masa, bawang putih mula diusahakan di beberapa tempat di negara kita. Malah ada juga yang menanamnya di dalam pasu di rumah. Variety yang menjadi pilihan untuk ditanam adalah bawang putih hardnick dan bawang putih gajah atau gaint elephant garlic.

4. Terdapat dua kaedah dalam penanaman bawang putih iaitu melalui biji benih ataupun bebawang. Bekalan biji benih bawang putih agak sukar diperoleh di negara kita. Jadi benih bawang putih perlu dibeli. Benih terbaik aandalah daripada jenis heirloom atau bukan hybrid yang boleh dibeli menerusi online.

5. Kaedah tanaman menggunakan bebawang adalah cara paling mudah bagi memulakan tanaman bawang putih. Anda hanya perlu memilih beberapa labu bawang putih dan ambil ulas bawang putih yang besar untuk ditanam. Bebawang yang terbaik untuk dijadikan benih ialah bawang putih dari India dan Pakistan kerana ia terdiri daripada jenis heirloom.

6. Pilihlah ulas yang besar sebagai benih kerana ia akan membentuk saiz bawang putih yang besar apabila ditanam. Anda juga boleh perlu menyimpan ulas bawang putih di dalam bahagian chiller peti ais bagi tempoh sepuluh hingga 15 hari untuk mendapatkan bawang putih yang bersaiz besar. Proses penyimpanan ini memberi kesan sejuk seperti di negara empat musim dan membuatkan bebawang tumbuh lebih besar apabila ditanam kelak.

7. Bagi membolehkan benih bawang putih berakar dengan cepat, letakkan ia dalam sebuah bekasbesar yang dialas dengan tisu yang dibasahi air. Selepas tiga hari ulas tersebut akan mengeluarkan akar dan bersedia untuk ditanam.

8. Tanaman bawang putih memerlukan tanah jenis poros, tidak menakung air dan kaya dengan nutrient. Justeru, tanah kebun yang dicampurkan dengan sabut kelapa hancur dan kompos haiwan adalah tanah paling sesuai untuk menanam bawang putih.

9. Benih akan dimasukkan 2 hingga 3 inci di dalam tanah atas batas dengan jarak tanaman 0.30 meter x 0.40 meter. Jika benih ditanam di dalam pasu, buat lubang sedalam dua inci dan letakkanseulas benih bawang. Timbus dengan tanah dan siram air dengan secukupnya. Jika menanam benih bawang putih di dalam polybag bersaiz 15 x 18 anda boleh meletakkan empat ulas benih bawang putih di dalamnya.

10. Tanah tidak perlu disiram sehingga bawang putih tumbuh. Lazimnya, tunas akan keluar dalam tempoh enam hingga lapan hari. Apabila bawang putih sudah tumbuh, anda hanya perlu menyiramnya dua kali seminggu bergantung pada keadaan tanah. Jika agak kering, siramlah tiga kali seminggu. Jangan sesekali menyiramnya setiap hari kerana boleh menyebabkan akar busuk dan pokok mati.

11. Lakukan proses pembajaan pada hari ke-15 dengan menggunakan baja tinggi fosforus dan kalium. Boleh juga menggunakan baja isi atau buah organk seperti baja tulang ikan. Ulang baja yang sama pada hari ke-30 dan hari ke-45 tetapi ditambah dengan baja subur.

12. Bawang putih boleh dituai dalam tempoh enam hingga lapan bulan bergantung kepada jenis bawang putih yang ditanam. Daun bawang yang berwarna kekuningan dan mula rebah adalah petanda bahawa bawang putih sudah boleh dikutip.

13. Permintaan terhadap bawang putih memang sentiasa ada. Lebih-lebih lagi di kalangan masyarakat Cina yang gemar menjadikannya sebagai bumbu utama masakan.

Harga bawang putih di pasaran adalah di sekitar RM7.90 sekilo dan boleh mencecah hingga RM10 sekilo.

MANFAAT BAWANG PUTIH

Bawang putih turut memiliki nilai perubatan tersendiri. Kandungan allicin dan ajoene yang terdapat di dalamnya membuatkan bawang putih sering dijadikan bahan utama dalam merawat pelbagai masalah kesihatan.

Antaranya:

1. Batuk – Bagi merawat batuk, anda perlu menumbuk 30 gm bawang putih sehingga lumat. Masukkan kedalam segelas air bersama sedikit gula. Biarkan selama lima hingga enam jam dan minumlah sebanyak satu sudu sehari selama beberapa hari.

2. Lemah daya ingatan  – Daya ingatan dipercayai mampu ditingkatkan dengan amalan memakan bawang putih. Bagaimana? Ambil 5 ulas bawang putih, bakar dan buang kulitnya sebelum dimakan sebanyakdua kali sehari.

3. Cirit-birit – Cirit birit boleh dirawat dengan meminum air rebusan bawang putih. Caranya, dua ulas bawang putih direbus bersama segelas air. Biarkan sehingga sejuk.

Minum air rebusan ini sebelummakan sebanyak tiga kali sehari sehingga sembuh.

4. Kanser perut – Bawang putih diketuk sehingga hancur dan ditapis airnya. Campurkan dengan sedikit madu. Kacau sebati dan minum.

5. Telinga bernanah – Jika telinga anda bernanah, ambillah beberapa ulas bawang putih. Kupas kulitnya dan tumbuk sehingga lumat. Perah dan tapis airnya. Kemudian, titiskan air perahan tersebut ke bahagian telinga yang bernanah.

Semoga bermanfaat, jangan lupa share terima kasih – Sifudurian

About Sifudurian 160 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*