TIPS Dan Panduan Memulakan Ternakan KAMBING – RM900 Seekor, Potensi Pendapatan Lumayan

1. Dalam dunia pentenakan, kebiasaannya haiwan pilihan yang dijadikan ternakan adalah lembu dan kambing kerana permintaannya yang tinggi dan pendapatan yang diraih sangat lumayan. Namun, ramai penternak menghadapi masalah kandang yang berbau busuk.

2. Kebiasaannya, penternak akan meletakkan kandang mereka jauh dari rumah bagi memastikan bau busuk dari kandang tidak memasuki rumah mereka. Namun, risiko untuk haiwan ternakan dicuri adalah sangat tinggi apabila kandang jauh dari pemantauan tuannya.

3. Bau busuk dari kandang kambing ini dapat dihilangkan dengan teknik Semburan EM (Effective Microorganisms). Semburan ini boleh didapatkan di kerajaan negeri. Teknik ini berkesan kerana dapat menghilangkan bau busuk dan lalat membiak di dalam kandang.

4. Antara penyakit yang sering menyerang kambing adalah perut kembung, kutu, sakit mata dan kuku. Namun penyakit ini dapat dielakkan sekiranya anda mencuci kandang setiap hari dan menyembur EM selalu. Anda digalakkan menitiskan beberapa cairan EM ke dalam minuman kambing anda.

5. Setiap 4 bulan, anda digalakkan untuk memeriksa kadar kesihatannya dan memberikan ubat cacing. Selain itu, pemberian Vitamin dan antibodi yang kerap dari semasa ke semasa dapat mengurangkan risiko binatang ternakan terkena penyakit.

6. Bagi memastikan kambing mendapat zat yang mencukupi, pemakanan seimbang perlu diamalkan iaitu diselang-selikan makanan pelet dengan rumput, daun goncak, daun nangka, petai belalang, daun kelapa, daun sawit dan lain-lain.

7. Bagi kambing kacukan yang memiliki berat 35kg, jumlah daging yang diperoleh adalah sebanyak 180 ketul, manakala 40kg ke atas boleh mencecah lebih 200 ketul.

8. Rata-rata penternak memperoleh pendapatan agak tinggi iaitu mencecah antara RM7,000 hingga RM8,000 bagi seekor lembu, manakala harga seekor kambing bermula daripada RM500 hingga RM1,000 seekor.

Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa untuk SHARE di facebook – Sifudurian

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*