Tips Kejayaan CANTUMAN Durian – JIMAT Duit Poket Beli Anak Pokok Durian KAWIN

1. POKOK PENANTI bermasksud apa-apa jenis biji durian yang disemai dalam polybag, yang berusia 2 bulan keatas selepas disemai lebih sesuai di cantum menggunakan TEKNIK BAJI batang mudah.

2. Bagi pokok penanti yang berusia 6 bulan keatas sesuai dicantum melalui teknik cantuman MATA TUNAS, selit dan sanding.

3. Pemilihan SCION atau tunas durian amat penting bagi menentukan kejayaan cantuman. Scion yang diambil tidak terlalu tua dan terlalu muda. 

4. Sebaiknya ambil scion dari pokok durian yang sudah berbuah, BOLEH ambil tunas dari pokok durian yang belum berbuah selagi ia jenis KLON (pokok yang sudah di kawinkan) lebih dari 2 tahun.

5. Ranting scion yang aktif mempunyai MATA TUNAS yang baru hendak keluar, bentuknya seperti mata lembing (tunas perempuan) yang cepat membesar.

6. Daun ranting durian perlu DIGUNTING 70 peratus. ia bagi mengelakkan ranting menjadi kering sebab kehilangan nutrien

7. Tunas lelaki berbentuk runcing dan kurus, tidak sesuai dijadikan cantuman kerana lambat pertumbuhannya.

8. Scion haruslah sentiasa SEGAR, sebaiknya terus dicantum sebaik di ambil. Jika perjalanan jauh, basahkan keseluruhan tunas dan masukkan dalam plastik dan ikat hingga kedap udara.

9. Bagi memastikan scion segar, pengambilann ranting sebaiknya diambil pada waktu pagi atau sebelah petang.

Semoga bermanfaat.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE di facebook anda terima kasih – Sifudurian

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*