Tips Lipas Mati Dalam 2 Minit

Lipas adalah antara serangga perosak yang paling kuat bertahan sejak berzaman lamanya. Ia dikatakan mampu hidup selama beberapa minggu jika bahagian kepalanya terputus!

Lipas merupakan pembawa penyakit. Jika ia menghurungi makanan, ia membawa bersama kuman seperti Salmonella, Typhoid & Kolera. Ia juga menyebabkan alahan dan serangan astma.

Jika anda terjumpa lipas di kawasan di dapur rumah contohnya, apakah cara paling mudah, pantas, selamat dan murah untuk membunuhnya?

Tips untuk membuatkan lipas mati dalam beberapa minit adalah dengan menyembur bancuhan air sabun. Air sabun akan memasuki liang pernafasan dan melemaskan lipas dalam masa beberapa minit sahaja.

Selain itu, paling penting untuk menjaga kebersihan dengan memastikan sisa makanan di kutip dan sampah sarap tidak disimpan di dalam rumah tetapi membuang di tempat pembuangan sampah yang disediakan.

Tips Lipas Mati Dalam 2 Minit

Air sabun + botol spray = campurkan air sabun dan isi didalam botol semburan, semburkan air sabun pada lipas, air sabun akan melemaskan lipas dan ia akan mati dalam beberapa minit.

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*