Tips Memulakan Tanaman Cendawan Tiram Putih

1. Tanaman cendawan tiram putih sentiasa mendapat permintaan tinggi sehingga stok segar di pasaran pada masa kini tidak mencukupi bagi menampung permintaan tempatan.

2. Cendawan berkenaan menarik kerana bukan sahaja rasanya enak, malah berkhasiat dan dipercayai dapat mencegah barah.

3. Cendawan ini boleh dituai dua kali sehari iaitu pada awal pagi dan petang dengan cara mencabut seluruh rumpun cendawan.

4. Modal untuk membeli 6,000 bongkah cendawan sekitar RM6,500, dan mampu memperoleh pendapatan sekitar RM2,000 sebulan serta boleh ditingkatkan lagi jika menambah jumlah tanaman.

5. Cendawan ini boleh dikutip setiap hari dengan anggaran kira-kira 14 kilogram waktu pagi dan 16 kg lagi pada sebelah petang sebelum dijual sekitar RM10-15 sekilogram kepada pembeli.

6. Cendawan agak mudah ditanam berbanding tumbuhan bermusim, namun ia memerlukan penjagaan rapi dari aspek kelembapan dan suhu persekitaran.

7. Suhu tidak boleh terlalu lembap atau terlalu kering untuk mengeluarkan hasil selain tidak boleh terdedah kepada sebarang jenis asap.

8. Cendawan juga memerlukan pengudaraan yang baik, cahaya malap dan serata, serta tidak boleh terdedah pada matahari kerana boleh membantutkan pertumbuhannya.

9. Bongkah cendawan perlu dibersihkan daripada rumpai dan sampah secara berkala. Serangan bakteria boleh dikenal pasti apabila batang dan kelopaknya berwarna perang dan berlendir.

10. Saya berharap lebih ramai berminat menjadi usahawan cendawan kerana potensinya sangat besar dan mendapat permintaan tinggi dikalangan rakyat Malaysia.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share terima kasih – Sifudurian

Dipetik dari Harian Metro, artikel 20 September 2016 dan di terbitkan semula oleh Sifudurian

 

About Sifudurian 163 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*