Tips Memulakan Projek Tanaman Cili Bara FERTIGASI – Potensi Pendapatan Untuk 100 Polybag

1. Fertigasi adalah satu teknologi penanaman TANPA TANAH iaitu pokok diberikan baja dalam bentuk larutan melalui drip irrigation.

2. Untuk memulakan projek ini, anda perlu mengikuti mana-mana KURSUS khas tanaman Fertigasi secara teori dan praktikal. Kos sekitar rm150-rm200.

3. Untuk permulaan, saya sarankan anda mulakan 20 POLYBAG. Anda perlu mahir dari segi sukatan baja, mencegah penyakit dan belajar marketing, dll.

4. Setelah anda mahir, anda boleh mulakan FASA KE 2, iaitu menanam 100 polybag, 500 polybag, 1000 polybag, dan seterusnya.

5. Anggaran kos tanaman cili fertigasi untuk 100 POKOK sekitar rm1,500 untuk kos seperti tangki air, pam air eletrik, cocopeat, polybag hitam saiz 16×16, dripper, baja AB, silvershine, digital timer, ec meter dan lain2 kos.

6. Cabaran utama tanaman cili fertigasi adalah serangan hama seperti kutu TRIPS, Virus Mozek selain hujan berterusan.

7. Sebaiknya pasang atap PLASTIK UV / rumah lindungan hujan (RPH) untuk elak hujan dan SILVERSHINE untuk memudahkan kerja merumput.

8. Potensi pendapatan untuk 1 polybag cili bara fertigasi boleh dapat putara 2 kilogram semusim,tengok lokasi dan cara marketing. Andaikan 1 kilo cili bara berharga rm35. 2 kilogram (1 pokok) x rm70 sepokok. 

9. 1 pokok rm70 x 100 pokok = rm7,000 semusim (6 bulan) potensi pendapatan kasar tidak termasuk kos pekerja, racun dan baja. Kos permulaan memulakan fertigasi agak berat tapi anda hanya melabur sekali sahaja.

Semoga bermanfaat, jangan lupa share di fb anda terima kasih – Sifudurian

Nak mulakan projek tanaman FERTIGASI CILI BARA?

Hubungi kami untuk dapatkan QUOTATION DI 013-5537011 – Bayu Farm (AREA SABAH)

About Sifudurian 210 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*