TIPS Memulakan Ternakan IKAN TALAPIA – Potensi Pendapatan Ikan Talapia Komersial

Ikan Talapia merupakan sejenis ikan air tawar yang mendapat permintaan tinggi di pasaran. Antara ikan talapia yang sering diternak adalah ikan talapia hitam dan merah.

Kebanyakan penternak baharu, mereka cenderung untuk memilih penternakan ikan talapia kerana ikan ini mempunyai tumbesaran yang cepat.

Ianya juga mudah untuk dijaga kerana ikan air tawar tahan kepada perubahan persekitaran. Bagi anda yang berminat untuk memulakan ternakan ikan talapia, ada beberapa perkara dan tips yang anda perlu tahu sebelum memulakan perniagaan ini.

1. Penyediaan Tapak Kolam

Air yang sesuai digunakan untuk ternakan talapia adalah air sungai, mata air dan juga tali air.

Selain itu, tapak kolam hendaklah terdiri dari bentuk muka bumi yang landai dan jenis tanah liat. Kedalaman satu kolam adalah 4-5 kaki.

2. Jenis Baja Terdapat dua jenis baja yang sering digunakan oleh penternak ikan talapia iaitu baja Fostat atau Baja Nitrogen.

Baja ini akan ditaburkan ke dalam kolam. Kolam akan dibiarkan selama dua minggu sebelum sesi pelepasan benih dijalankan. Tujuannya adalah untuk menyuburkan kolam.

3. Uji Kualiti Air

Sebelum sesi taburan benih dilakukan, penternak hendaklah melakukan ujian kualiti air mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Antara spesifikasi yang dititikberatkan adalah kadar oksigen terlarut, Karbon Dioksida, PH, suhu air dan Ammonia.

4. Pelepasan Benih Talapia

Anggaran pelepasan benih bagi satu kolam adalah 3000-5000 ekor talapia. Namun, ianya juga bergantung kepada saiz kolam ternakan tersebut. Sekiranya keluasan kolam adalam kecil, 1000 ekor talapia sudah memadai.

5. Pemakanan Talapia Terdapat dua jenis cara pemakanan untuk ikan talapia ini. Antaranya adalah pemakanan secara semulajadi dan secara tambahan.

Bagi pemakanan semulajadi, biasanya talapia akan makan lumut, plankton, tumbuhan air dll. Penternak juga boleh menyediakan makanan tambahan seperti dedak kacang tanah, kelapa, soya dan sebagainya.

6. Penuaian Setelah talapia sudah cukup besar dan matang tempoh tumbesarannnya, penuaian boleh dilakukan.

Kadar tumbesaran ikan talapia boleh mencapai 500gm dalam 6 – 8 bulan. Manakala harga pasaran untuk 450 gm ke atas = RM8.00 – RM12.00 / kg, benih ikan = RM 0.20 – RM 1.00 / ekor

Terdapat dua cara penuaian iaitu secara sebahagian atau secara keseluruhannya. Secara sebahagian adalah dengan menjala dan pukat tarik. Manakala secara keseluruhan pula adalah dengan mengeringkan kolam.

Anggaran kasar pendapatan penternakan talapia ini boleh mencecah sehingga RM6000 sebulan dengan benih sebanyak 1,500-1800 benih ikan talapia bagi 1 kolam.

Bayangkan sekiranya ada sehingga 10 kolam? Pendapatan kasar boleh mencecah RM60,000 SEBULAN. Tak salah berangan kan.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE di facebook terima kasih – Sifudurian

About Sifudurian 160 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*