Tips Menanam JAGUNG MANIS – Potensi PENDAPATAN Tanam Jagung Manis 1 Hektar

1. Jagung manis mengeluarkan hasil selama tiga musim dalam setahun dengan setiap musim memerlukan 65 hingga 70 hari untuk menuai hasil.

2. Kebiasaannya pada hari ke-45 selepas ditanam, bunga akan mula mengembang manakala tempoh pendebungaan sekitar jam 8 hingga 10 pagi, bergantung kepada keadaan cuaca.

3. Jagung memerlukan cuaca panas sekitar 25-35 darjah celsius. Jagung memerlukan cuaca panas, namun jika terlalu panas ia akan mendatangkan kesan kepada mutu tanaman.

4. Kawasan ladang perlu bersih kerana rumput yang panjang dan semak akan menyebabkan pokok kurang subur dan hasil berkurangan. Paling penting kawalan serangga bagi mengeluarkan hasil terbaik,

5. Anda boleh meminta bantuan dari Jabatan Pertanian dari segi infrastruktur, tapak, baja, racun, teknikal dan khidmat nasihat bagi membantu melancarkan operasi pengeluaran, sekali gus meningkatkan pendapatan bulanan

6. Pengeluaran jagung manis sebaiknya dijalankan secara berjadual supaya boleh memenuhi kehendak pasaran.

7. Jumlah pokok yang disyorkan bagi sehektar pada jarak tanaman 50 cm antara pokok dan 75 cm antara barisan serta dua pokok ditanam pada setiap lubang adalah (50 cm x 75 cm x 2 pokok) = 53,000 pokok/hektar.

8. Pengeluaran sebulan mencecah empat tan untuk seekar ladang, manakala setongkol jagung dijual dengan harga 60 sen secara borong dan mampu menjana pendapatan purata RM4,000 hingga RM5,000 sebulan

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE di facebook terima kasih – Sifudurian

Kredit pic: Google

About Sifudurian 166 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*