Tips Menanam Labu Manis – Potensi Pendapatan Labu Manis Untuk 1 Hektar

1. Selain dibuat sayur, labu manis juga boleh digunakan untuk membuat kuih-muih seperti jemput-jemput, bengkang, serawa, pai dan sebagainya.

2. Suhu yang sesuai ialah 25-35oC pada waktu siang dan 18-22oC pada waktu malam. Hujan minimum sebanyak 380 mm semusim adalah diperlukan.

3. Cuaca redup dan naungan dari pokok lain mengurangkan pengeluaran bunga betina dan seterusnya merendahkan hasil. Hujan lebat yang menyebabkan air bertakung boleh memusnahkan tanaman ini

4. Tanah yang sesuai ialah liat gembur berpasir, liat gembur berorganik tinggi, gambut yang diberi kapur dan tanah bris berorganik tinggi

5. pH yang paling sesuai ialah diantara 5.5 – 6.8.

6. Terdapat banyak kultivar atau jenis labu ditanam. Untuk komersil, saya sarankan tanam jenis Early Price daripada jenis Taiwan dengan kod nombor 767.

7. Hasil potensi bagi 1 hektar tanaman labu manis adalah 24,000 kg. Dengan jarak tanaman 8.2’ x 2’, satu hektar boleh muat 6,000 pokok labu dengan mengambil kira 90 peratus dari keluasan tanah adalah untuk tanaman. (24,000kg x rm3 =rm72,000/hektar/musim)

Semoga bermanfaat. Jangan lupa share di facebook anda terima kasih – Sifudurian

About Sifudurian 163 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*