Tips Merawat Pokok Yang Tidak Subur

Tanah yang bermasalah perlu ditambah bahan organik dengan kerap sepanjang tahun. Kaedah mulching atau sungkupan sangat diperlukan untuk membekalkan sumber nutrien kepada tanah sekaligus menyuburkan.

Berapa banyak kos baja yang kita belanjakan untuk suburkan pokok namun keadaan tanah tidak dititikberatkan terlebih dahulu.

Sedangkan tanah adalah tunjang asas dalam bercucuk tanam. Bacaan pH tanah 6.0 – 7.0 juga adalah penanda aras utama tanah sebelum apa-apa bekalan tambahan organik diperlukan.

Jika tidak baja yang diberikan hanya menjadi pembaziran sahaja. Justeru bahan organik yang pertama perlu di tambah sebagai mulcing adalah tanah kompos (tanah hitam).

Setelah itu tabur dengan serkam padi dan akhir sekali top soil. Kaedah mulching ini boleh diulang 3-4 bulan interval.

Mulcing banyak manfaatnya selain dari kesuburan tanah, ia juga menjaga kelembapan tanah sepanjang masa.

Selamat berkebun.

 

About Sifudurian 199 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*