Tips Musnahkan Semut di Kebun – Tepung Jagung Bahan Organik Terbaik

Selalukan kita yang menanam sayuran dirumah akan guna bahan-bahan di dapur untuk dijadikan baja organik. Harini Min nak share kegunaan tepung jagung yang dapat membantu mempercepatkan pertumbuhan dan menyuburkan tanaman korang.

1. Dapat cepatkan pertumbuhan biji benih.

Sebelum semai biji benih, gaulkan sedikit tepung jagung bersama biji benih. Ini akan membuatkan biji benih sentiasa dalam keadaan hangat dan benih cepat bercambah.

2. Meningkatkan struktur tanah pasir.

Tanah yang mengandungi pasir yang tinggi sukar untuk pembiakkan tanaman. Tepung jagung dikatakan dapat memulihkan struktur tanah. Campurkan sedikit tepung jagung dengan medium tanah berpasir.

3. Tepung Jagung bantu mengekalkan kelembapan tanah.

Ambil dua sudu tepung jagung lalu campurkan ke dalam 1 gelen air siraman. Ini akan membantu mengekalkan kelembapan dalam tanah. Siramkan dua minggu sekali.

4. Dapat musnahkan semut di kebun.

Letakkan gula yang telah dicampur dengan tepung jagung berhampirnag dengan sarang semut. Ini akan menyebabkan semut mengalami pencernaan setelah memakan gula yang bercampur tepung jagung sekaligus memusnahkan semut.

Selamat Mencuba ya!

Artikel ini dipetik dari Impiana dan ditulis semula oleh Sifu Durian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*