Tips Penjagaan Kucing

Bagi yang baru berjinak-jinak atau berminat untuk memelihara kucing, ini adalah tips asas penjagaan semua jenis kucing.

Hari ni saya nak kongsi sikit sebanyak info yang saya tahu tentang penjagaan si manja, bagi yang tidak tahu dan sayangkan kucing… bermula dari kebersihannya, pemakanannya, tempat tidur dan yang berkaitan dengan simanja.

1. Si manja perlulah dimandikan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali dengan menggunakan air suam, kalau guna air sejuk dia akan mengigil, tubuh dia kan kecik, so dia tak dapat tahan kesejukan air kalau anda guna air sejuk, berkemungkinan besar dia akan melompat dan mencakar cakar anda.

2. Tahap kepanasan air tu biarlah suam-suam agak2 la si manja tak sejuk dan tak berapa panas bila ia dijirus dgn air tersebut… anda perlulah memandikan si comel dari ekor terlebih dahulu, jirus bahagian ekor dan seterusnya ke seluruh badan kecuali muka dan telinga, Telinga si manja tidak boleh dimasuki air, jika tidak, telinganya boleh bernanah, muka pula tak boleh dijirus, nanti dia lemas, cukup sekadar anda lap menggunakan tuala kecil yang telah di basahkan. Kemudian, syampu seluruh tubuh badan si comel kecuali bahagian kepalanya sahaja (jangan sekali kali guna syampu manusia)… gosok2 dan garu badannya sehingga diliputi syampu, gaul sehingga ia sebati dan cukup mesra(macam kuih,haha) sebab jika si manja ade kutu, bagi kutu tu pening2 lalat supaya ia pengsan dan mengalir jatuh bersama air…hehehe, Setelah itu, bilas kembali dengan air suam hinggalah buih2 syampu itu hilang…bersihkan hidung dan mata si manja anda dengan kain tuala atau tisu yang dilembapkan (lembap, bukan basah ya)…

3. Keringkan si comel anda dengan tuala yang dikhaskan untuknya, lap2 seluruh tubuhnya. Bagi kucing yang berbulu lebat dan panjang seperti persian, ragdoll, norwegian forest, silberian, chinchilla, munchkin(yang bulu panjang je) dan yang sewaktu dengannya hehhe anda perlulah menggunakan “Hair Dryer” atau “Blower”. Kalau guna “Hair Dryer” ingat gunakan suhu yang coll pada hair dryer untuk mengeringkan tubuh mereka, kerana jika anda biarkan bulu mereka kering sendiri, ini boleh mendatangkan penyakit kulit kepada kulit lembap mereka. Bagi kucing biasa macam kucing kampung kat malaysia ni, better guna ‘Hair Dryer’ atau “Blower”jugak, tapi kalau tak mahu atau susah sebab mereka takut, anda jemur je la tgh panas, hehe… sebab diorang ni memang suka berjemur lepas mandi, insya ALLAH kucing2 berbulu pendek ni kurang potensi untuk terkena penyakit kulit. bagi yang bulu pendek ni anda boleh juga menggunakan “Hair Dryer” atau “Blower”, tapi tidaklah menjadi satu kemestian berbanding dgn kucing yang berbulu panjang.

4. Sicomel berbulu panjang hendaklah disikat setiap hari bagi membuang bulu2 mati yang melekat di badannya dengan menggunakan sikat yang khas untuk kucing.

5. Bahagian telinga si manja juga agak sensitif dengan habuk dan hama, jika dibiarkan kotor, ia mungkin akan menyebabkan telinga si comel dijangkiti hama atau kuman, hama itu boleh memakan darah dan menyebabkan si comel berasa tidak selesa, kerap menggaru dan telinga dan kadang kala akan berdarah. Seterusnya kuman pula boleh membawa penyakit kepada telinga dan menyebabkan telinga si comel bernanah, jika dibiarkan, ianya akan menjadi buruk dan kritikal hingga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa si comel anda.Telinga si comel perlulah di cuci dgn putik kapas serta ubat telinga yg khas untuk matikan kuman sekurang-kurangnya seminggu sekali, kalau anda nak guna kapas untul cuci teliga pun boleh, terpulang pada citarasa memasing, hehe…Mata dan hidung si manja pula seeloknya dibersihkan setiap hari.

6. Untuk pemakanan si comel pula, kita sepatutnya menyediakan makanan ‘Premium Food or Super Premium Food’. (Ini hanya sebagai contoh), ‘Super Premium Food’ adalah Orijen dan Innova Evo… dalam makanan ni, ia banyak mengandungi protein iaitu 45% dan 50%… namun tidak semua kucing boleh menerima makanan yang berprotein tinggi dengan jayanya, sesetengah kucing akan berak cair jika makan makanan berprotein tinggi ni, maka anda kenelah campur dengan ‘Premium atau Low Premium Food’ bersama sama makanan’Super Premium Food’ tersebut untuk balance kan supaya ia menghasilkan najis yang keras dan elok (melalui najisnya kita boleh tengok tahap kesihatan si manja).

7. Bagi ‘Premium Food’ pula contohnya Royal Canin, Science Plan, Iams, Acana, Blackwood, Eagle Pack, Proformance dan sebagainya… Anda boleh pilih either one…

Walau bagaimanapun, makanan yang terbaik bagi si comel adalah B.A.R.F. iaitu ‘Bone And Raw Food’, ya…tulang dan daging mentah, itu jawapan kepada kajian saintis antarabangsa, yang mana ianya selari dengan fitrah dan semulajadi kucing tersebut sebagai haiwan karnivor.

8. Last sekali, jangan letak toilet si comel anda di dalam satu sangkar ( cage ) bersama dengan makanan si comel, kerana ianya menimbulkan rasa yang tidak enak kepada si comel untuk menjamu selera.

Bagaimana perasaan kita jika makan, minum, berak, kencing dan tidur dalam satu ruang yang sempit, even dia haiwan, tapi jangan perlakukan ia sesuka hati kita, konon kerana nak jaga keselamatan lah, nak itu, nak ini… ingat, niat tak menghalalkan cara…

Kalau nak kurung, kurung dalam rumah, macam tu dia lebih selesa bergerak kesana kemari, melompat dan bermain…(kucing haiwan yang aktif dan suka bermain).

Sediakan ruang yang besar, bersih dan selesa untuk si comel tidur, main dan sebagainya.

Jom Subscribe Majalah Digital Pertanian Pertama Di Malaysia di https://penjanahijau.com

Kredit: Sa Ren

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*