Tips Supaya Sup Daging/Tulang Lembut Dan Empuk!

Apalah sedapnya sup tulang kalau dagingnya tidak empuk dan lembut untuk dikunyah. Perkara yang paling penting dalam masakan sup adalah pastikan daging itu empuk dan lembut.

Sebab tu ramai yang mengeluh sebab renyah sangat nak masak sup tulang ni! selalunya kena rebus dengan lama. Kalau tak, daging liat memang akan spoil mood makan. Kalau dah giveup sangat ke kedai tomyam lah jawabnya!

Bagi memastikan sup daging atau sup tulang lembut dan empuk, boleh pratikkan petua mudah yang dikongsi oleh tukang masak Thai ini dikongsi oleh Norsazenny Ariffin dan Nurazimah Azimah ini! Tak susah mana pun, rahsianya cuma guna ais!

Cara-cara:

1. Rebus dulu daging tu 20 minit ke 30 minit

2. Ketika air sedang mengelegak kuat tu masukkan 2 cawan ketulan ais.

3. Biarkan seketika tak perlu ditutup. Kemudian periksa sama ada daging dah empuk atau tidak.

4. Jika dah empuk boleh tutup api.

5. Kemudian bolehlah masak daging tersebut seperti biasa.

Selamat Mencuba!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*