Tips Tanam KELAPA TACUNAN (Tacunan Green Dwarf (TACD) Baka TERBAIK Phillipines

TIPS MENANAM KELAPA TACUNAN 

1. Kelapa tacunan Tacunan Green Dwarf (TACD) merupakan salah satu varieti kelapa renek berhasil tinggi yang popular dan mendapat permintaan tinggi.

2. Philippine Coconut Authority (PCA) telah meluluskan penanaman kelapa renek varieti tacunan secara komersial kerana keistimewaannya iaitu saiz buah yang besar, kandungan air yang banyak dan berkualiti, kandungan berat isi yang baik, ketebalan dan kepadatan isi. Kandungan isi yang berkualiti membuatkan kelapa tacunan diiktiraf sebagai kelapa terbaik dalam penghasilan produk makanan berasas kelapa dan air kelapa.

3. Untuk menanam kelapa tacunan, anda boleh membeli benihnya dari Jabatan Pertanian Negeri. Antaranya, Jabatan Pertanian Negeri Sabah dan Johor. Kelapa tacunan telah berada di Jabatan Pertanian Negeri Sabah sejak tahun 1980 sebagai koleksi janaplasma dari Filipina. Jabatan Pertanian Sabah telah membuat biak baka pokok kelapa tacunan bagi memilih varieti terbaik.

Anda juga boleh membeli benih kelapa Tacunan di nurseri yang berhampiran anda. Untuk area Sabah, boleh hubungi saya di talian 014-3016212 (Don Nurseri)

Anak benih kelapa tacunan hanya perlu dibiakkan dalam keadaan kebun biji benih yang terpencil (isolated seedgarden). Situasi tersebut membuatkan kos pengeluaran anak benihnya menjadi lebih rendah kerana tidak melibatkan sebarang kos pengeluaran debunga, emaskulasi dan pendebungaan berbantu. Selain itu, anak pokok kelapa tacunan juga boleh diperoleh di nursery atau secara online yang menawarkan harga sekitar RM14 hingga RM30 bagi sebatang anak pokok.

4. Saiz lubang untuk menanam kelapa tacunan adalah 0.45 m x 0.45 m x 0.45 m. Jarak tanaman adalah 8.1m x 8.1m atau 178 pokok per hektar. Sebelum benih diletakkan di dalam lubang, tanah perlu digaul bersama 200 gm baja fostat atau baja organik ataupun garam. Selepas dua minggu, barulah anak benih yang berusia di antara 4 hingga 12 bulan dimasukkan ke dalam lubang. Padatkan tanah dengan memijak –mijak di sekeliling pangkal anak pokok. Tujuannya agar pokok tidak tumbang walaupun ditiup angin kuat tetapi jangan pijak di bahagian akar. Pastikan tanah tidak terlalu tinggi agar air tidak bertakung.

5. Baja Nitrophoska Green atau NPK Hijau akan digunakan bagi menggalakkan tumbesaran buah kelapa tacunan. Sebelum meletakkan baja, anda perlulah membersihkan kawasan di sekeliling pokok. Setelah bersih, barulah baja ditaburkan di sekeliling pokok. Untuk melindungi kelapa tacunan daripada serangan makhluk perosak racun Kenfuran 3G akan digunakan.

6. Bersifat renek, kelapa tacunan mempunyai saiz batang yang kecil tetapi agak kuat, berakar dalam dan robust. Pokoknya tidak tinggi dengan pelepah daunnya mencecah tanah sehingga membolehkan buahnya dituai dengan mudah tanpa perlu memanjat atau menggunakan galah untuk mendapatkannya.

7. Kelapa tacunan berbuah seawal tiga tahun. Namun jika ditanam di kawasan yang sesuai dan dijaga dengan rapi, ia boleh berbuah dalam masa kurang dari dua tahun. Setiap pokok boleh mengeluarkan antara 50 hingga 90 biji buah setahun dengan purata hasil sebanyak 15,000 biji buah bagi kawasan tanaman seluas satu hektar.

8. Hasil kajian makmal menunjukkan isi kelapa tacunan memang mengandungi asid laurik dan minyak yang tinggi. Sebiji kelapa tacunan mempunyai ketebalan isi sekitar 10.7 mm dan boleh menghasilkan 53 ml minyak kelapa dara secara purata. Malah dengan purata berat buah 1.3 kg sebiji, buah kelapa tacunan yang cukup masak mengandungi 460 gram isi segar yang mampu menghasilkan 247 gram kopra pada 6% kelembapan.

9. Dengan purata berat sebiji buah mencapai 460 gram, purata jumlah isipadu air dalam sebiji kelapa tacunan adalah sebanyak 238 ml sebiji. Tahap kemanisan air kelapa tacunan mencapai bacaan 8.9% total soluble sugar yang dikategorikan agak manis dan enak dijadikan coconut shake.

Kredit: Amin Agro Tech

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*