Tuan-tuan, inilah rupa musang king berharga rm140

Sudahlah mahal, bu’ruk dan berulat pula’

RAUB – Akibat terlalu percaya dengan jaminan peniaga, seorang pesara guru terpaksa ‘gigit jari’ apabila durian musang king yang dibelinya di sini sudah bu’ruk dan beru1at.

Salehuddin Mat Rasad, 61, berkata, dia membeli dua biji durian musang king dengan harga RM140 di sebuah pusat jualan dan pengumpulan durian di Sungai Klau di sini pada Sabtu.

Menurutnya, dia sebelum itu ada nampak kesan lubang pada kulit durian berkenaan tetapi penjual meyakinkannya bahawa isi buah berkenaan adalah elok.

Katanya, akibat yakin dengan jaminan tersebut, dia tidak meminta penjual untuk mengopek kulit buah tersebut terlebih dahulu untuk diperiksa.

“Pada malam itu, saya kopek kulit durian itu, tapi hanya sebiji yang boleh dimakan, manakala sebiji lagi sudah bu’ruk dan beru’lat,” katanya pada Sinar Harian di sini Selasa.

Salehuddin berkata, dia kece’wa kerana tidak dapat menikmati buah tersebut sepenuhnya, namun dia akur kerana kesa’lahan sendiri tidak meminta penjual mengopek buah tersebut terlebih dahulu sebelum membeli.

“Sebiji lagi walaupun elok tapi cuma ada empat ulas sahaja yang boleh dimakan.

Ini kali pertama saya beli durian pada tahun ini sebab teringin sangat untuk menikmatinya bersama keluarga,” ujarnya.

Salehudin berkata, dia berkongsi pengalamannya itu sebagai peringatan kepada orang lain supaya tidak terbeli buah durian yang sudah bu’suk.

Dalam masa sama, dia juga berharap peniaga durian bersikap jujur dan tidak menin’das pembeli untuk mendapat keuntungan semata-mata – Sinar Harian

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*