Tuntutan palsu bekal anak pokok Musang King hampir 1 juta, 2 direman

Kuching: Dua individu dire*man empat hari sehingga 28 Jun ini bagi membantu siasa*tan kes tuntutan pa1su untuk membekalkan anak pokok durian Musang King bernilai hampir RM1 juta.

Majistret Zaiton Anuar mengeluarkan perintah itu selepas menerima permohonan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Ra*suah Malaysia (SPRM).

Sus*pek pertama berusia 57 adalah pengurus projek bagi sebuah syarikat nurseri yang membekal anak pokok durian berkenaan manakala seorang lagi sus*pek bertugas sebagai penolong pegawai sebuah agensi kerajaan berusia 46 tahun yang bertindak meluluskan tuntutan itu.

Kedua-dua sus*pek ditahan SPRM di sini selepas mereka dipanggil memberi keterangan berhubung kes itu, semalam.

Sumber berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, sebuah syarikat nurseri disyaki membuat tuntutan pa1su kepada Lembaga Pembangunan Tanah Sarawak (SLDB) pada Disember 2019.

Tuntutan itu adalah bagi perkhidmatan membekal dan menghantar sebanyak 28,805 anak pokok Musang King ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir bernilai RM999,973.50.

Bagaimanapun, perkhidmatan itu tidak dilaksanakan sepenuhnya walaupun pembayaran tuntutan sudah dibuat.

Siasatan terhadap kedua-dua sus*pek dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Dua orang Warganegara tempatan di bawa ke Mahkamah Kuching untuk permohonan reman atas kesal*ahan Sek*syen 18 ASPRM 2009. FOTO NADIM BOKHARI – Harian Metr0

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*