Umur 22 Tahun sudah Berani Menggajikan 6 PEKERJA – Kisah Kejayaan

1. Azmani Nurdin, seorang pemuda yang berusia 22 tahun. Berasal dari masyarakat Orang Asli suku Temuan telah berjaya menggaji enam pekerja di kebun sayur miliknya di RPS Sungai Bilut.

2. Kebunnya yang telah diusahakan selama 3 tahun itu mengamalkan kaedah penanaman fertigasi. antara tanaman yang ditanama adalah timun, cili, terung dan petola. Ianya ditanama secara bergilir bagi memastikan kesuburan tanah dan kualiti tanaman.

3. Seawal usia 19 tahun, beliau telah mengusahakan kebun yang seluas 0.4 hektar itu dengan memohon bantuan dari pelbagai agensi dan keluarga bagi dijadikan modal permulaan.

4. Pengalaman yang cetek dalam bidang pertanian tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan minat dan cita-citanya untuk menjadi seorang petani moden yang berjaya.

5. Tanah milik ibunya yang masih penuh dengan semak 3 tahun dulu, diusahakan oleh beliau dengan bersungguh-sungguh dengan sokongan dari kedua ibu bapa.

6. Walaupun menerima pelbagai kritikan, beliau tidak patah semangat namun menjadikan perkara itu sebagai pembakar semangat.

7.Pelbagai ujian telah beliau hadapi antaranya tanaman cilinya diserang penyakit, namun atas semangat berpasukan, beliau dan pekerjanya bersama-sama bangkit mengharungi cabaran tersebut.

8. Pada ketika ini, hasil tanaman timun dari kebun beliau dipasarkan ke Pasar Borong Selayang, Selangor dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan kiraan pulangan sebanyak RM20,000.

9. Beliau sentiasa terapkan pada dirinya agar sentiasa bersyukur dan berkongsi rezeki dengan yang lain. Beliau percaya dengan usaha yang gigih pasti akan mendapat pulangan yang lumayan.

10. Beliau juga berkata bahawa semangat dari keluarga merupakan pendorong kepada beliau untuk berjaya pada hari ini.

Artikel ini dipetik dari Berita Harian dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*