Vietnam Dalam Proses Dapatkan Penjaga Gol Baru

Vietnam Dalam Proses Dapatkan Penjaga Gol Baru
Source Image: The Vocket

Nampaknya pasukan barisan kejurulatihan pasukan Vietnam memandang serius dengan prestasi hambar yang ditampilkan oleh penjaga gol utama mereka Dang Van Lam.

Prestasi penjaga gol utama negara Vietnam ini semakin merosok sehingga dia tidak mendapat tempat dalam pasukannya. Dikatakan bahawa kelabnya SCG Muangthong United sudah tidak menggunakan khidmatnya dalam kesebelasan utama dengan penjaga gol simpanan kelab tersebut Yos mendapat tempat dalam beberapa perlawanan terbaru mereka.

Sebelum ini, penjaga gol ini dikatakan berjaya menarik minat beberapa buah pasukan. Antara pasukan yang dikatakan sanggup untuk membayar yuran perpindahan pemain ini adalah pasukan dari Liga Russia dan Liga Jepun dengan jumlah perpindahan lebih kurang RM6 juta.

Mengikut sumber, prestasi semasa penjaga gol simpanan Muangthong United cukup baik dan disebabkan itu, Van Lam dikatakan mahu keluar daripada Muangthong dan menjadi pasukan baru untuk disertainya. Perkara ini adalah untuk mendapatkan prestasi terbaiknya semula.

Vietnam juga dikatakan terdesak untuk mendapatkan penjaga gol baru dengan berita terbaru dikatakan bahawa mereka (VFF) kini dalam proses menatrulisasikan bekas penjaga gol SParta Prague.

Filip Nguyen adalah antara nama yang dikaitkan untuk bersaing di tempat penjaga gol utama pasukan Vietnam. Beliau kini bersama pasukan FC Slovan Liberec dalam liga divisyen 2 Republic Czech.

Dikatakan pemain itu dalam proses natrulisasi yang mana pihak Persatuan Bolasepak Vietnam telah memulakan proses mendapatkan taraf kewarganegaraan pemain itu sejak dari bulan Julai 219.

Berkemungkinan besar pemain itu akan bersama skuad Vietnam pada hujung tahun ini. Berkemungkinan besar juga pemain ini bakal diturunkan ketika Vietnam bertemu pasukan Malaysia dalam aksi kelayakkan Piala DUnia 2022/Piala Asia 2023.

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*