Vietnam mula “Takut” Jumpa Malaysia Kelayakkan Piala Dunia 2022

Vietnam mula Takut Jumpa Malaysia Kelayakkan Piala Dunia 2022

Kini bolasepak dunia sedang berehat panjang akibat pandemik CoV-19. Jurulatih sudah mula pening tahap kecergasan pemain masing-masing. Namun Vietnam memiliki masalah yang lebih besar apabila di dalam pasukan. Pelbagai isu mula timbul dalam pasukan ini.

Ramai diantara pihak meramalkan bahawa pasukan Vietnam dalam prestasi menurun walaupun 3 tahun kebelakangan ini mereka merupakan sebuah pasukan yang sangat gah di pentas Asia Tenggara dan Asia.

Kini pasukan dibawah kendalian jurulatih dari Korea Park Hang-seo dikatakan semakin longgar oleh peminat mereka. Tektikal mereka sudah mula dibaca oleh pihak lawan.

Ada juga yang mengatakan bahawa pendekatan Park Hang-seo bersifat terlalu konservatif dan sangat degil apabila masih lagi menggunakan tektikal yang sama sepanjang perlawanan.

Ada juga diantara penyokong mereka sudah meluat dengan perangai jurulatih dari Korea ini apabila terlalu sombong untuk tidak mahu menggunakan pemain naturalisasi ataupun kacukan dengan lebih ramai lagi.

Sedangkan beberapa pasukan dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina sudah mula mengorak langkah menggunakan pemain natrulisasi sebagai satu cara meningkatkan corak permainan.

Kejayaan pasukan Vietnam beberapa tahun kebelakangan ini juga menjadi salah satu punca skuad ini mendapat tekanan. Mereka berjaya menjadi nabi juara AFC bawah 23 2018. Juara AFF Suzuki Cup 2018.

Menjadi pasukan 8 terbaik Asian Cup 2019 dan Juara Sukan Sea 2019. Ini membuatkan peminat Vietnam mahu kejayaan yang lebih dari pasukan ini.Rata-rata peminat tidak dapat menerima hakikat sekiranya pasukan ini dikalahkan.

Namun pasukan ini berjaya mendapat 11 mata dalam kumpulan G pusingan 2 kelayakan Piala DUnia 2022/Piala Asia 2023. Menjadikan pasukan ini berada di tempat pertama dihadapan pasukan Malaysia.

Pasukan Vietnam juga mempunyai ramai pemain yang sedang dalam kecederaan serius seperti putus ligamen dan sebagainya membuatkan pasukan ini merasakan tekanan bertemu pasukan Malaysia dan THailand nanti.

Untuk pengetahuan anda semua, Malaysia akan menerima kunjungan pasukan Vietnam di Stadium Nasional Bukit jalil dalam kelayakkan Piala DUnia 2022/Piala Asia 2023.

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*