Wang Tunai RM10,000 Menanti Siapa Berjaya Namakan Anak Tapir

Kuala Lumpur: RM10,000. Itu wang tunai menanti pemenang yang berjaya menamakan anak tapir betina yang dilahirkan di 99 Wonderland Park Wildlife In The City, di sini, pada 6 Februari lalu.

Pemiliknya, Datuk Seri Jeff B.K Lee berkata, pertandingan Namakan Baby Tapir Kami itu dianjurkan bagi menarik minat rakyat Malaysia bersama meraikan kelahiran tapir atau Tenuk Malaysia (Tapirus indicus).

“Pemenang peraduan akan diumumkan pada 27 April 2021 sempena perayaan Hari Tapir Sedunia. Bagi mereka yang berminat boleh layari Facebook atau laman web https://linktr.ee/99wonderlandpark untuk maklumat lebih lanjut,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas tentang kelahiran tapir betina itu, Jeff berkata, pihaknya mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah, Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim untuk meminjam dan mempamerkan kepada pengunjung sepasang Tapir Malaysia, iaitu Mr Junior dan Puan Peradong, Januari tahun lepas.

“Setelah lebih setahun dipelihara dan dipamerkan di sini, Puan Peradong melahirkan anaknya yang seperti semua tahu ia masih belum dinamakan.

“Kami serahkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memberi nama pada anak tapir itu. Nama yang dipilih nanti akan diumumkan dan pemenang akan diberikan ganjaran wang tunai RM10,000 yang dijanjikan,” katanya.

Beliau berkata, 99 Wonderland Park Wildlife In The City yang terletak di Jalan Ipoh Batu 12, di sini, masih belum dibuka untuk kunjungan ramai disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan bagi membendung penularan C0v1d-19.

“Kami akan maklumkan pembukaannya kepada umum setelah mendapat kebenaran,” katanya.

Sebagai rekod, spesis tapir atau Tenuk Malaysia (Tapirus indicus) ini merupakan spesis tapir terbesar di dunia.

Musim mengawan tapir biasanya berlaku pada bulan April hingga Jun.

Manakala tempoh kehamilan Tapir Malaysia ialah kira-kira 390 hingga 403 hari yang mana anak pertamanya mempunyai berat sekitar 6.8 kilogram.

Selalunya tapir betina akan melahirkan anaknya dengan purata dua tahun sekali.

Ketika muda, tapir ini tinggal bersama ibunya sekitar 6 hingga 8 bulan – Harian Metro

About Sifudurian 314 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*