Wanita Berjaya adalah Wanita Yang Berduit – Simpan Harta Sendiri sebelum Kahwin!

Dulu, wanita boleh hidup bersenang lenang di rumah, kerjanya jaga anak, masak dan buatkan susu. Semua keperluan rumah, suami tercinta yang tanggung. Yang berpenat lelah mencari duit semuanya adalah tugas lelaki.

Namun, tuntutan hidup masa kini memerlukan para isteri untuk lebih bijak bertindak serta tidak mengharapkan sepenuhnya atas bantuan daripada suami. Zaman sekarang semua perlukan DUIT!

Kenapa? sebabnya ada banyak juga faktor yang membuatkan anda sebagai seorang isteri menjadi lebih berdikari dan lebih pandai menguruskan kewangan serta merancang masa hadapan dengan lebih bijak.

Sebaiknya, mula dari awal untuk persiapkan diri sebelum bergelar seorang isteri kerana tiada siapa akan dapat menjangka apa akan berlaku di masa hadapan. Betul?

Bukannya kita minta bercerai dan sebagainya kawan-kawan. Tapi, orang dulu-dulu kata baik sediakan payung sebelum hujan.

Ada beberapa tips untuk WANITA sebelum korang lompat masuk ke alam rumah tangga yang SUPER mencabar ya!

Usahakan ada simpanan sendiri sebelum jadi isteri.

Jika dapat belilah sebuah rumah pelaburan sebagai persediaan.

Jika suami tercinta beri duit nafkah, ushakan buat simpanan sendiri. Jangan belanja semuanya.

Jika suami tiada wawasan kewangan, rahsiakan berapa simpanan yang ada. Tak cerita semua bukan dosa.

Jangan serahkan masa depan pada orang lain, rancang masa depan sendiri.

Belajar bawa kenderaan dan ada lesen sendiri.

Buat catatan setiap perbelanjaan. Tahu setiap wang kita kemana.

Suami hanya pinjaman tuhan sahaja. Bila bila masa boleh dijemput pergi atau digoda oleh wanita misteri.

Bersedia sebelum datangnya ujian dan badai melanda.

“Alahhh lelakikan ada?” Mentaliti macam ni? Bersedialah hadapi bencana ya para WANITA.

Semoga berjaya. #GadisBestariAdaSimpananSendiri

Kredit : Azizul Azli Ahmad.

 

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*